KUCHING: Tempoh pendaftaran pendatang asing oleh majikan bagi program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) Sarawak dilanjutkan hingga 30 Jun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala.
Dalam kenyataannya hari ini, beliau memaklumkan tempoh verifikasi serta pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara turut dilanjutkan, masing-masing hingga 30 Sept dan 31 Dis ini.
"Lanjutan tempoh ini selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Ke-10, Bilangan 1 Tahun 2024," katanya.
Berikutan keputusan itu, Gerawat menasihati majikan untuk mengambil peluang mendaftar pendatang asing sedia ada di Sarawak yang bekerja di sektor yang terlibat secara sah bagi mengelak tindakan penguatkuasaan.
"Bagaimanapun, permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam program ini," katanya.
Sebelum ini, pendaftaran program RTK 2.0 Sarawak dilaporkan tamat pada 31 Dis tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024
Gerawat Gala (foto) memaklumkan tempoh verifikasi serta pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara turut dilanjutkan, masing-masing hingga 30 Sept dan 31 Dis ini. -Gambar fail/Bernama
KIR wanita lebih sukar untuk keluar daripada kemiskinan - Pakar
Ketua Pegawai Eksekutif, Pepper Labs Sdn. Bhd., Gevitha Ananda Roe berkata Ketua Isi Rumah (KIR) wanita lebih sukar untuk keluar daripada garis kemiskinan. Jelasnya, wanita-wanita ini perlu mengendalikan pelbagai aspek ekonomi dan kebajikan keluarga sehingga menyukarkan usaha menambahbaik punca pendapatan. #DialogTigaPenjuru
Baiki tatakelola institusi kewangan persaraan sebelum wajibkan sebarang caruman - Pakar
Pakar Ekonomi Universiti Malaya (UM), Profesor Ulung Datuk Dr. Rajah Rasiah berkata tatakelola semua institusi berkaitan kewangan persaraan dan kebajikan sosial perlu mencapai tahap tertinggi. Jelasnya, tanpa keyakinan rakyat dan tahap integriti yang tinggi, maka tidak wajar diwajibkan sebarang caruman kepada orang awam. #DialogTigaPenjuru
Manfaatkan PADU cerap profil isi rumah untuk salur bantuan - Pakar
Penolong Profesor Jabatan Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Syarifah Fatimah Alzahrah Al-Attas berkata sistem Pangkalan Data Utama (PADU) perlu dimanfaatkan untuk mencerap profil isi rumah miskin di Malaysia. Jelasnya, maklumat yang terkumpul akan menentukan jumlah dan bentuk bantuan yang diperlukan untuk membebaskan suatu isi rumah dari belenggu kemiskinan. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan mahu tangani kadar kelahiran antara terendah dunia
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mahu mewujudkan kementerian baharu bagi menangani masalah kadar kelahiran rendah di negara berkenaan iaitu terendah di dunia sekali gus kini semakin menghampiri krisis demografi.
Ada ingatan dan pesanan buat semua jemaah haji Malaysia
Ketua Konsulat Malaysia di Jeddah, Roslan Shariff yang menyambut rombongan penerbangan pertama jemaah haji Malaysia seramai 282 orang menasihatkan semua jemaah haji Malaysia supaya sentiasa bergerak secara berkumpulan demi keselamatan mereka selain mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Tabung Haji dari semasa ke semasa.
Selawat, sekuntum bunga sambut jemaah pertama haji Malaysia
Sekuntum bunga, cenderamata dan minuman ringan serta selawat menjadi pembuka tirai bagi menyambut ketibaan 282 jemaah haji Malaysia musim 1445H yang tiba di hotel penginapan di Emaar Royal, Madinah pada pagi Khamis, 9 Mei 2024.
PRK KKB: Pusingan terakhir kempen menjelang pengundian Sabtu ini
Wartawan Umavathi Ramayah membawakan perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menjelang hari pengundian Sabtu ini.
Pelaksanaan parkir berbayar beri tekanan kepada peniaga
Ini pula keluhan peniaga kedai makanan dan pengundi Kuala Kubu Baharu berhubung pelaksanaan parkir berbayar di sekitar Jalan Mat Kilau, Hulu Selangor.
Polis ekstrak cap jari suspek, tiada tangkapan baharu
Polis sedang menganalisa cap jari yang ditemukan di lokasi kejadian simbah asid membabitkan insiden pemain sayap sensasi skuad Harimau Malaya, Faisal Halim di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya pada Ahad lalu.
Microsoft utamakan keselamatan siber, tempatkan lebih 10,000 pakar
Microsoft utamakan keselamatan siber, tempatkan lebih 10,000 pakar
Pendaftaran RTK 2.0 Sarawak dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh verifikasi serta pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara turut dilanjutkan, masing-masing hingga 30 Sept dan 31 Dis ini.
Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0: Permohonan dibuka 27 Jan
Majikan boleh memohon pengambilan pekerja asing menerusi program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 mulai 27 Jan ini, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.
Syarat sertai program RTK dilonggarkan
Ia dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia pada 26 Okt lepas.
Lebih 240,000 PATI daftar Program Rekalibrasi sejak Disember 2020
Daripada jumlah itu, 98,194 pendatang asing tanpa izin (PATI) berdaftar dalam program Rekalibrasi Pulang.